Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (JUALAN KREDIT) 2017
Seksyen 9
Fi tempahan
(1)
Tiada penjual atau pemberi kemudahan kredit, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau pengedar boleh memungut atau menerima fi tempahan daripada bakal pembeli sebelum penyerahan pernyataan bertulis sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua oleh penjual atau
P.U. (A) 322 7
pemberi kemudahan kredit itu, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau pengedar itu.
(2)
Fi tempahan yang disebut dalam subperaturan (1) tidak boleh melebihi lima peratus daripada harga tunai barang sebagaimana yang dinyatakan dalam pernyataan bertulis yang disebut dalam subperaturan (1).
(3)
Fi tempahan hendaklah menjadi sebahagian daripada deposit di bawah peraturan