Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Peraturan 7 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam subperaturan
(1)
, dengan menggantikan perkataan
“dengan seberapa segera yang praktik” dengan perkataan “dalam tempoh empat belas hari”;
(b)
dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:
“(2)
Pemilik produk hendaklah memaklumkan kepada Pengawal mengenai maklumat yang diterima dan tindakan pembaikan yang telah diambil di bawah subperaturan (1) dalam tempoh empat belas hari selepas tindakan pembaikan diambil oleh pemilik produk itu.”;
(c)
dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:
“(2A) Walau apa pun subperaturan (1), Pengawal boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, mengarahkan secara bertulis apa-apa tindakan pembaikan yang perlu diambil oleh pemilik produk dan pemilik produk hendaklah menjalankan tindakan pembaikan yang diarahkan sedemikian oleh Pengawal dalam tempoh yang ditetapkan oleh
Pengawal dalam arahan itu.”; dan
(d)
dalam subperaturan (3), dengan menggantikan perkataan “peraturan ini”
dengan perkataan “subperaturan (1), (2) atau (2A)”.
5
Pindaan Jadual Pertama