Malaysia legislation

Section 16

of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA) (PINDAAN) 2022

Seksyen 16

Presiden boleh membuat apa-apa arahan bagi penyampaian ganti bagi apa-apa notis atau dokumen sebagaimana yang difikirkannya patut atau melalui apa-apa cara seperti yang berikut:

(a)

dengan menampal notis atau dokumen itu pada bahagian utama di alamat terakhir mana-mana pihak yang penyampaian notis atau dokumen itu dikehendaki disampaikan;

(b)

dengan menampal notis atau dokumen itu di papan kenyataan

Pejabat Pendaftaran Tribunal;

(c)

dengan mengiklankan notis atau dokumen itu di surat khabar atau apa-apa media massa atau elektronik; atau

(d)

dengan memaparkan notis atau dokumen itu di laman web

Tribunal Tuntutan Pengguna atau Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia.”.

P.U. (A) 113 10

Peraturan baharu 16A

Section 16 — PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA) (PINDAAN) 2022