Malaysia legislation
Section 22
of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA) (PINDAAN) 2022
Seksyen 22
Peraturan baharu 25A
peraturan yang berikut:
“Pembetulan award 25A. (1)
Tribunal boleh, atas usulnya sendiri atau atas permohonan secara bertulis oleh mana-mana pihak kepada prosiding, membetulkan kesilapan sunting dalam apa-apa award atau kekhilafan yang timbul dalam award daripada apa-apa kesilapan atau peninggalan tidak sengaja.
(2)
Permohonan bertulis itu hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari selepas award diterima.
(3)
Tiada pembetulan suatu award boleh dibuat oleh Tribunal melainkan—
(a)
Tribunal telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya demi kepentingan awam bagi memuktamadkan prosiding undang-undang;
(b)
tiada kesalahan atas mana-mana pihak kepada prosiding itu;
(c)
semua pihak yang terlibat dalam prosiding yang terdahulu diberi peluang untuk didengar; dan
(d)
award tersebut belum dikuatkuasakan.
(4)
Pembaikan atau pembetulan suatu award di bawah peraturan ini tidak boleh—
(a)
dijadikan sebagai alasan untuk menghujahkan semula kes tersebut; atau
(b)
digunakan bagi maksud merosakkan hujahan yang telah dipertimbangkan oleh Tribunal atau atas sebab suatu pihak telah gagal untuk mengemukakan hujahan dalam semua aspek atau sebaik yang ia telah kemukakan.”.
Pindaan peraturan 27