Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA) (PINDAAN) 2022

Seksyen 3

Peraturan 2 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan sebelum takrif “fail kes” takrif yang berikut:

‘ “Daftar” ertinya Daftar Tribunal Tuntutan Pengguna;’;

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “fail kes” takrif yang berikut:

‘ “Pegawai Tribunal” ertinya mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 93 Akta untuk menjalankan fungsi-fungsi Tribunal;

“Pejabat Pendaftaran Tribunal” ertinya Pejabat Pendaftaran

Tribunal Tuntutan Pengguna;

“Penentang”

ertinya orang yang dinamakan oleh

Pihak Yang Menuntut dalam suatu tuntutan;

“Pengerusi”

ertinya

Pengerusi yang dilantik di bawah subseksyen 86(1) Akta;

“Pihak Yang Menuntut” ertinya orang yang memfailkan suatu tuntutan di Pejabat Pendaftaran Tribunal;’;

(c)

dengan memotong takrif “Penolong Setiausaha”;

(d)

dengan menggantikan takrif “Presiden” dengan takrif yang berikut:

P.U. (A) 113 4

‘ “Presiden” ertinya mana-mana anggota Tribunal yang dilantik di bawah seksyen 86 Akta dan masih dalam tempoh sah pelantikan tersebut yang mempengerusikan apa-apa prosiding berkenaan dengan sesuatu tuntutan yang dibawa di hadapan Tribunal;’; dan

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “Presiden” dengan takrif yang berikut:

“Setiausaha”

ertinya

Setiausaha

Tribunal yang dilantik di bawah subseksyen 93(1) Akta.’.

Pindaan peraturan 5

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA) (PINDAAN) 2022