Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA) (PINDAAN) 2022

Seksyen 9

(1)

Jika Penentang yang kepadanya telah disampaikan Borang 1

mempertikaikan tuntutan itu, dia hendaklah menyedia dan memfailkan pembelaannya dan tuntutan balas, jika ada, dalam Borang 2 dalam masa empat belas hari selepas penyampaian pernyataan tuntutan.

(2)

Borang 2 hendaklah mengandungi butir-butir tentang alasan bagi pertikaian tuntutan oleh Penentang dan menyertakan apa-apa dokumen yang menyokong pernyataan pembelaan dan tuntutan balas.

(3)

Jika Penentang mempunyai suatu tuntutan balas, dia hendaklah menyatakan amaun tuntutan balas, butir-butir tuntutan balas itu dan menyertakan apa-apa dokumen sokongan dalam Borang 2.

(4)

Borang 2

hendaklah ditandatangani atau dicapkan dengan ibu jari oleh Penentang sendiri dengan menyatakan nama, nombor kad pengenalan atau pasport seperti yang terdapat di ruangan tandatangan atau cap ibu jari Penentang.

(5)

Jika Penentang ialah suatu syarikat, pertubuhan perbadanan atau pertubuhan, Borang 2 hendaklah ditandatangani oleh seorang pengarah, pengurus, setiausaha syarikat, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya bagi syarikat, pertubuhan perbadanan atau pertubuhan itu dan dimeterai dengan cop rasmi dan meterai syarikat, pertubuhan perbadanan atau pertubuhan itu.

(6)

Jika

Penentang ialah suatu firma,

Borang 2

hendaklah ditandatangani atau dicapkan dengan ibu jari oleh tuan punya tunggal atau pekongsi firma itu.”.

P.U. (A) 113 7

Pindaan peraturan 11 8.

Peraturan 11 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“salinan” dengan perkataan “Borang 2”.

Pindaan peraturan 12

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA) (PINDAAN) 2022