Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (DANA MODAL MINIMUM) 2011
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“nilai perolehan tahunan”, mengikut mana-mana yang berkenaan, ertinya—
(a)
bagi seseorang pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengurupan wang, purata jualan mata wang asing tahunannya bagi tiga tahun kewangan terdahulu berdasarkan akaun tahunan yang telah diaudit;
(b)
bagi seseorang pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengiriman wang, purata nilai tahunan urus niaga masuk dan keluar pengiriman wangnya yang disahkan oleh juruaudit pemegang lesen itu bagi tiga tahun kewangan yang terdahulu;
(c)
bagi seseorang pemegang lesen di bawah seksyen 95 Akta yang menjalankan perniagaan pengurupan wang di bawah Akta yang dimansuhkan, purata jualan mata wang asing tahunannya berdasarkan akaun tahunan yang telah diaudit bagi tiga tahun kewangan terdahulu
3
atau bilangan tahun kewangan terdahulu bagi lesen itu jika pemegang lesen itu dilesenkan kurang daripada tiga tahun; atau
(d)
bagi seseorang pemegang lesen di bawah seksyen 95 Akta yang menjalankan perniagaan pengiriman wang menurut seksyen 10 Akta
Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17], purata nilai tahunan urus niaga masuk dan keluar pengiriman wangnya berdasarkan akaun tahunan yang telah diaudit bagi tiga tahun kewangan terdahulu atau bagi bilangan tahun kewangan terdahulu bagi kebenaran itu jika kebenaran itu diberikan kurang daripada tiga tahun;
“pihak berkaitan” yang berhubungan dengan—
(a)
suatu perbadanan, ertinya—
(i)
berkaitan mengikut pengertian seksyen 6 Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; atau
(ii)
syarikat yang mempunyai pengarah atau pemegang syer bersama;
dan
(b)
seseorang pemegang syer atau pengarah, ertinya—
(i)
suami atau isteri orang itu;
(ii)
saudara lelaki atau perempuan orang itu;
(iii)
saudara lelaki atau perempuan kepada suami atau isteri orang itu;
(iv)
orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan orang itu;
4
(v)
orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan suami atau isteri orang itu;
(vi)
suami atau isteri mana-mana orang yang disebut dalam perenggan
(ii)
, (iii), (iv) atau (v);
(vii)
orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan (ii), (iii) atau (vi);
(viii)
bapa saudara, ibu saudara atau sepupu kepada orang itu, atau kepada suami atau isteri orang itu; atau
(ix)
suami atau isteri, atau orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah, dengan orang yang disebut dalam perenggan (viii).
Penyelenggaraan dana modal minimum