Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (DANA MODAL MINIMUM) 2011
Seksyen 3
(1)
Dana modal minimum hendaklah mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), dana modal minimum hendaklah merangkumi jumlah keseluruhan—
(a)
syer biasa berbayar;
(b)
rizab;
(c)
keuntungan tertahan atau kerugian terkumpul; dan
(d)
keuntungan yang telah diaudit bagi tempoh atau kerugian yang telah diaudit dan tak diaudit bagi tempoh itu,
5
dan menolak segala pinjaman, pendahuluan atau pelaburan yang diberikan kepada pemegang syer, pengarah atau pihak berkaitan.