Seksyen 3
Permohonan dan pemberian kelulusan
of Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang (Ejen Perniagaan Perkhidmatan Wang) 2012
Seseorang pemegang lesen dalam memohon untuk melantik seorang ejen perniagaan perkhidmatan wang di bawah subseksyen 42(1) Akta hendaklah mengemukakan kepada Bank maklumat yang berikut:
(a)
nama, alamat, butir-butir bagi menghubungi ejen perniagaan perkhidmatan wang yang dicadangkan dan suatu perihalan mengenai aktiviti perniagaan sedia ada ejen itu;
(b)
suatu pernyataan bahawa pemegang syer, pengarah dan mana-mana orang yang mempunyai kawalan ke atas operasi perniagaan ejen perniagaan perkhidmatan wang yang dicadangkan itu telah memenuhi kriteria minimum orang yang “layak dan
P.U. (A) 69 3
sesuai” sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan
Perniagaan Perkhidmatan Wang (Kriteria Minimum Orang yang
“Layak dan Sesuai”) 2012 [P.U. (A) 68/2012]; dan
(c)
kerangka pengawasan, pemantauan dan kawalan untuk memastikan bahawa ejen perniagaan perkhidmatan wang itu mematuhi Akta, peraturan-peraturan, garis panduan, pekeliling, piawaian dan notis yang dikeluarkan di bawah Akta dan syarat lesen yang dikeluarkan kepada pemegang lesen itu.
Dibuat 3 Februari 2012
[BNM.JUN. 1110/65/01; PN(PU2)701]
TAN SRI DATO’ SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ
Gabenor
Diluluskan 20 Februari 2012
[BNM.JUN. 1110/65/01; PN(PU2)701]
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Menteri Kewangan
P.U. (A) 69 4
MONEY SERVICES BUSINESS ACT 2011
MONEY SERVICES BUSINESS (MONEY SERVICES BUSINESS AGENTS)
REGULATIONS 2012