Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (KEWAJIPAN PEMEGANG LESEN) 2012
Seksyen 3
Seseorang pemegang lesen, dalam memohon untuk membuka atau menempatkan semula suatu pejabat, hendaklah mengemukakan kepada Bank maklumat yang berikut:
(a)
lokasi pejabat yang dicadangkan;
(b)
bagi suatu pejabat, selain suatu pejabat yang disebut dalam perenggan (c), suatu perancangan perniagaan yang kukuh yang meliputi analisis daya maju, unjuran prospek pembangunan dan unjuran aliran tunai bagi tiga tahun ke hadapan;
(c)
jika suatu pejabat itu suatu tempat perniagaan bergerak atau suatu tempat perniagaan yang didirikan dan disenggarakan bagi sesuatu tempoh terhad sahaja, suatu perancangan perniagaan yang kukuh meliputi analisis daya maju, unjuran prospek pembangunan dan unjuran aliran tunai bagi tempoh operasinya; dan
(d)
perkiraan pengawasan bagi pejabat itu yang mengandungi butiran struktur laporan, pengurusan risiko, kawalan dalaman dan proses pematuhan.
Ketelusan dalam urus niaga