Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (KEWAJIPAN PEMEGANG LESEN) 2012
Seksyen 4
P.U. (A) 72 3
(1)
Seseorang pemegang lesen hendaklah menzahirkan maklumat yang berikut berhubung dengan produk dan perkhidmatannya kepada pelanggannya:
(a)
seseorang pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengurupan wang atau mata wang borong hendaklah—
(i)
mempamerkan kadar tukaran belian dan jualan masing-masingnya di bawah tajuk “kami beli” dan “kami jual”; dan
(ii)
menzahirkan fi dan caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan;
(b)
seseorang pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengiriman wang hendaklah menyatakan—
P.U. (A) 72 4
(i)
kadar tukaran, fi dan caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan;
(ii)
amaun dalam mata wang yang akan dibayar kepada benefisiari itu;
(iii)
fi dan caj yang akan dikenakan oleh ejen koresponden;
(iv)
anggaran tempoh bagi dana itu diserahkan kepada benefisiari itu; dan
(v)
lokasi di mana dana itu tersedia bagi dipungut oleh benefisiari itu;
(c)
alamat tempat utama perniagaan pemegang lesen itu; dan
(d)
cara bagi pelanggan membuat aduan kepada pemegang lesen itu.
(2)
Maklumat yang dizahirkan kepada pelanggan di bawah subperaturan (1)
hendaklah boleh diakses dengan mudah, nampak jelas dan mudah dibaca.
Pemegang lesen hendaklah mengeluarkan resit