Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (KEWAJIPAN PEMEGANG LESEN) 2012
Seksyen 5
Seseorang pemegang lesen, hendaklah memasukkan maklumat yang berikut dalam suatu resit yang dikeluarkan kepada pelanggannya:
(a)
seorang pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengurupan wang atau mata wang borong—
(i)
nama, alamat dan butir-butir bagi menghubungi pemegang lesen;
(ii)
tarikh urus niaga;
P.U. (A) 72 5
(iii)
suatu nombor siri untuk resit;
(iv)
amaun yang dibayar dan jenis mata wang yang ditawarkan oleh pelanggan;
(v)
amaun dan jenis mata wang yang akan dikeluarkan kepada pelanggan;
(vi)
kadar tukaran mata wang; dan
(vii)
fi dan caj perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan;
dan
(b)
seorang pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengiriman wang—
(i)
nama, alamat dan butir-butir bagi menghubungi pemegang lesen;
(ii)
tarikh transaksi pengiriman wang;
(iii)
suatu nombor siri untuk resit;
(iv)
nama pengirim;
(v)
nama benefisiari;
(vi)
kadar tukaran mata wang;
(vii)
amaun dana yang akan dikirim dalam ringgit dan yang bersamaan dengan mata wang asing yang akan diterima oleh benefisiari; dan
P.U. (A) 72 6
(viii)
fi dan caj perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.
Pelantikan juruaudit