Seksyen 6
Pelantikan juruaudit
of Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang (Kewajipan Pemegang Lesen) 2012
Seseorang pemegang lesen, dalam melantik seorang juruaudit, hendaklah memastikan juruaudit itu—
(a)
ialah seorang juruaudit syarikat yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
(b)
tidak mempunyai apa-apa jua pun kepentingan dalam apa-apa bentuk atau daripada apa-apa perihalan dalam pemegang lesen itu, termasuk suatu kepentingan dalam syer pemegang lesen;
(c)
bukan seorang pengarah, pengawal atau pekerja pemegang lesen itu;
(d)
bukan seorang pekongsi, majikan atau pekerja kepada pengarah, pengawal atau pekerja, pemegang lesen itu;
(e)
bukan seorang pekongsi atau pekerja dengan seorang pekerja kepada pengarah, pengawal atau pegawai, pemegang lesen itu;
(f)
bukan seorang pemegang syer, atau pasangannya seorang pemegang syer, bagi suatu perbadanan yang pekerjanya adalah seorang pegawai kepada pemegang lesen itu; dan
(g)
tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau Akta Syarikat 1965, atau atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang melibatkan fraud atau kecurangan.
P.U. (A) 72 7