Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (KRITERIA MINIMUM ORANG YANG “LAYAK DAN SESUAI”) 2012

Seksyen 2

Kriteria minimum orang yang “layak dan sesuai” berhubung dengan seseorang pemegang syer, pengarah, pengawal, ketua pegawai eksekutif atau pengurus menurut

Akta ialah seperti yang berikut:

(a)

orang itu tidak pernah disabitkan suatu kesalahan di bawah—

(i)

Akta ini atau Akta yang dimansuhkan;

(ii)

Akta Sistem Pembayaran 2003 [Akta 627];

(iii)

Akta

Bank dan

Institusi-Institusi

Kewangan 1989

[Akta 372];

(iv)

Akta Insurans 1996 [Akta 553];

P.U. (A) 68 3

(v)

Akta Bank Islam 1983 [Akta 276];

(vi)

Akta Takaful 1984 [Akta 312];

(vii)

Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17];

(viii)

Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];

(ix)

Akta

Institusi

Kewangan

Pembangunan 2002

[Akta 618];

(x)

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613];

(xi)

Akta

Pasaran

Modal dan

Perkhidmatan 2007

[Akta 671]; atau

(xii)

Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

(b)

orang itu tidak pernah disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah yang berhubungan dengan ketidakjujuran atau fraud di bawah mana-mana undang-undang bertulis di dalam atau di luar

Malaysia;

(c)

jika orang itu pernah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang tidak yang berhubungan dengan ketidakjujuran atau fraud di bawah mana-mana undang-undang bertulis di dalam atau di luar

Malaysia, suatu tempoh selama lima tahun telah berlalu sejak hukumannya dijalankan;

(d)

orang itu bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;

P.U. (A) 68 4

(e)

orang itu tidak menggantung bayaran atau dikompaun bersama pemiutangnya sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(f)

orang itu tidak pernah—

(i)

diberikan suatu perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran; atau

(ii)

dikenakan apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan melalui bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pencegahan jenayah;

(g)

orang itu tidak pernah memegang jawatan pengarah atau terlibat secara langsung dalam pengurusan mana-mana syarikat yang telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi perlindungan orang ramai daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh ketidakjujuran, ketakkompetenan atau amalan salah semasa tempoh jawatannya melainkan dia membuktikan bahawa kesalahan yang dilakukan itu tanpa pengetahuannya atau kebenarannya dan dia bukan dalam suatu kedudukan yang boleh menghalang kesalahan itu;

(h)

orang itu jujur, berintegriti dan bereputasi yang baik;

(i)

orang itu mempunyai kemahiran yang wajar, pengalaman dan pengetahuan yang mencukupi mengenai Akta dan peruntukan yang berkenaan dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan

Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 untuk menunaikan peranan dan tanggungjawab jawatan itu dengan berkesan;

P.U. (A) 68 5

(j)

orang itu telah menguruskan hal ehwal kewangannya dengan baik dan berhemah; dan

(k)

jika orang itu ialah seorang ketua pegawai eksekutif, dia boleh menjalankan pekerjaannya dengan sepenuh masa.

Dibuat 3 Februari 2012

[BNM.JUN. 1110/65/01; PN(PU2)701]

TAN SRI DATO’ SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ

Gabenor

Diluluskan 20 Februari 2012

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

Menteri Kewangan

P.U. (A) 68 6

MONEY SERVICES BUSINESS ACT 2011

MONEY SERVICES BUSINESS (MINIMUM CRITERIA OF A “FIT AND PROPER” PERSON)

REGULATIONS 2012

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (KRITERIA MINIMUM ORANG YANG “LAYAK DAN SESUAI”) 2012