Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (PELESENAN) 2012

Seksyen 3

Pengemukaan maklumat bagi permohonan lesen

Seseorang pemohon yang memohon suatu lesen di bawah subseksyen 5(1) Akta hendaklah mengemukakan kepada Bank maklumat yang berikut:

(a)

butiran mengenai pemegang syer pemohon itu—

(i)

jika pemegang syer pemohon itu ialah suatu syarikat, nama, alamat dan butir-butir bagi menghubungi pemegang syernya, jumlah dan peratus syer yang dipegang dengan pemohon itu; atau

(ii)

jika pemegang syer pemohon itu ialah selain suatu syarikat, nama, alamat dan butir-butir bagi menghubungi orang

P.U. (A) 70 3

tersebut, jumlah dan peratus syer yang dipegang dengan pemohon itu;

(b)

nama, alamat dan butir-butir bagi menghubungi lembaga pengarah dan pengurusan atasan pemohon itu, peranan dan tanggungjawab mereka dalam perniagaan perkhidmatan wang yang dicadangkan itu;

(c)

struktur korporat pemohon yang dicadangkan, hubungannya dengan mana-mana syarikat berkaitan dan syarikat pegangan dalam kumpulan itu, nama syarikat itu, peratus pemegangan saham dan suatu penjelasan ringkas mengenai aktiviti setiap satu syarikat tersebut;

(d)

perancangan perniagaan yang dicadangkan bagi perniagaan perkhidmatan wang itu—

(i)

analisis daya maju yang meliputi model perniagaan, asas potensi pelanggan, saluran pengedaran dan unjuran prospek pembangunan bagi tiga tahun ke hadapan;

(ii)

unjuran pendapatan dan aliran tunai bagi tiga tahun ke hadapan; dan

(iii)

sumber dana pemohon bagi memenuhi dana modal minimum dan bagi membiayai operasi perniagaan perkhidmatan wangnya;

(e)

perkiraan tadbir urus, kawalan dalaman dan kerangka pengurusan risiko yang dicadangkan untuk mengurus operasi perniagaan perkhidmatan wang yang dicadangkan untuk memastikan—

P.U. (A) 70 4

(i)

pengendalian yang baik bagi perniagaan perkhidmatan wang dan integriti bagi operasinya;

(ii)

pematuhan terhadap kehendak Akta ini dan peraturan-peraturannya, garis panduannya, pekelilingnya, piawaiannya atau notisnya;

(iii)

penyelesaian bagi kemungkinan salah pengurusan dan fraud; dan

(iv)

perlindungan yang mencukupi atas pelanggan; dan

(f)

cadangan mekanisma kawalan dalam dan progam pematuhan bagi mematuhi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan

Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] dan garis panduannya yang berhubungan dengan—

(i)

cadangan orang yang akan diberi kuasa dan tanggungjawab lembaga pengarah dan pengurusannya dalam melaksanakan langkah pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan; dan

(ii)

cadangan program pematuhan pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan yang berhubungan dengan dasar dan tatacara yang dicadangkan bagi penerimaan pelanggan, usaha wajar terhadap pelanggan, pemantauan berterusan, penyimpanan rekod, laporan ke atas transaksi yang disyaki dan menangani pembiayaian keganasan.

Tempoh lesen

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (PELESENAN) 2012