Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (PELESENAN) 2012
Seksyen 6
Permohonan bagi pembaharuan lesen
Seseorang pemegang lesen dalam memohon suatu pembaharuan lesen hendaklah mengemukakan kepada Bank maklumat yang berikut:
(a)
akaun tahunan terkini yang diaudit atau jika tiada akaun tersebut, akaun pengurusan;
(b)
perancangan perniagaan yang kukuh dan unjuran aliran tunai bagi tiga tahun ke hadapan; dan
(c)
suatu perakuan oleh lembaga pengarahnya bahawa pemegang lesen itu telah mematuhi Akta ini dan Akta Pencegahan
Penggubahan
Wang
Haram dan
Pencegahan
Pembiayaan
Keganasan 2001, peraturan-peraturannya, garis panduannya, pekelilingnya, piawaiannya dan notisnya yang dikeluarkan di bawah kedua-dua Akta itu dan tidak pernah terlibat dalam atau memberi kemudahan kepada mana-mana aktiviti haram.
P.U. (A) 70 6