Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (PERNIAGAAN PENGIRIMAN WANG) 2012
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“ejen koresponden” ertinya seorang ejen di luar Malaysia yang dilantik oleh seseorang pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengiriman wang untuk memastikan dana tersedia bagi seorang benefisiari di luar Malaysia berdasarkan arahan pengiriman wang oleh pemegang lesen itu;
“transaksi pengiriman wang perniagaan kepada perniagaan” ertinya suatu transaksi pengiriman wang yang dibuat oleh suatu syarikat kepada syarikat yang lain, sama ada diperbadankan di dalam atau di luar Malaysia;
“perniagaan pengiriman wang” tidak termasuk perniagaan yang semata-mata mengadakan sistem pengiriman wang yang tidak mempengaruhi atau mengawal operasi perniagaan pengiriman wang pemegang lesen itu.
P.U. (A) 71 3