Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (PERNIAGAAN PENGIRIMAN WANG) 2012
Seksyen 3
Kehendak operasi bagi perniagaan pengiriman wang
Seseorang pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengiriman wang hendaklah mematuhi kehendak seperti yang berikut:
(a)
bagi transaksi pengiriman wang perniagaan kepada perniagaan, had transaksi keluaran harian untuk seorang pelanggan tidak boleh melebihi suatu amaun agregat dua ratus ribu ringgit;
(b)
bagi transaksi pengiriman wang selain yang diperuntukkan di bawah perenggan (a), had transaksi keluaran harian untuk seorang pelanggan tidak boleh melebihi suatu amaun agregat lima puluh ribu ringgit;
(c)
had bagi transaksi keluaran harian yang disebut dalam perenggan
(a)
and (b) terpakai kepada semua transaksi pengiriman wang yang dijalankan di mana-mana pejabat pemegang lesen itu atau mana-mana ejen perniagaan perkhidmatan wang pemegang lesen itu atau melalui mana-mana sistem pengiriman wang pemegang lesen itu;
(d)
bagi transaksi pengiriman wang keluaran, pemegang lesen hendaklah mengeluarkan arahan pengiriman wang kepada ejen korespondennya secepat yang dapat dilaksanakan, tetapi tidak lewat dari dua hari berniaga daripada penerimaan dana daripada pelanggannya; dan
(e)
bagi transaksi pengiriman wang dalaman, pemegang lesen hendaklah memastikan dana itu disediakan untuk kutipan oleh benefisiari itu sebaik sahaja arahan pengiriman wang itu diterima daripada ejen korespondennya.
P.U. (A) 71 4
Penggunaan sistem pengiriman wang