Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (PERNIAGAAN PENGIRIMAN WANG) 2012

Seksyen 4

Suatu sistem pengiriman wang hendaklah mempunyai kehendak minimum yang berikut:

(a)

boleh merekod, menghantar dan menerima maklumat mengenai transaksi pengiriman wang;

(b)

dilengkapkan dengan kawalan keselamatan yang mencukupi untuk menghalang transaksi yang tidak dibenarkan atau secara fraud;

(c)

boleh mengadakan suatu jejak audit;

(d)

mempunyai keupayaan untuk mengesan dan menyatukan dalam masa sebenar, transaksi pengiriman wang keluaran yang dijalankan oleh seorang pelanggan di semua pejabat dan ejen perniagaan perkhidmatan wang seseorang pemegang lesen untuk memastikan kepatuhan atas perenggan 3(c);

(e)

boleh mengesan status transaksi pengiriman wang dan secara automatik menjana amaran untuk mana-mana transaksi pengiriman wang yang belum lengkap atau tidak berjaya; dan

(f)

boleh mengawas secara berkesan kepatuhan kepada Akta

Pencegahan

Pengubahan

Wang

Haram dan

Pencegahan

Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613].

Dibuat 3 Februari 2012

[BNM.JUN. 1110/65/01; PN(PU2)701]

TAN SRI DATO’ SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ

Gabenor

P.U. (A) 71 5

Diluluskan 20 Februari 2012

[BNM.JUN. 1110/65/01; PN(PU2)701]

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

Menteri Kewangan

P.U. (A) 71 6

MONEY SERVICES BUSINESS ACT 2011

MONEY SERVICES BUSINESS (REMITTANCE BUSINESS) REGULATIONS 2012

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (PERNIAGAAN PENGIRIMAN WANG) 2012