Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (PERNIAGAAN PENGIRIMAN WANG) (PINDAAN) 2015

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang (Perniagaan Pengiriman

Wang) 2012 [P.U. (A) 71/2012] dipinda dalam peraturan 3 dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a)

bagi transaksi pengiriman wang perniagaan kepada perniagaan, had transaksi keluaran harian untuk seorang pelanggan—

(i)

tidak boleh melebihi suatu amaun agregat dua ratus ribu ringgit;

atau

(ii)

tidak boleh melebihi suatu amaun agregat yang diluluskan secara bertulis oleh Bank bergantung pada kes, yang tidak boleh melebihi lima puluh juta ringgit, berdasarkan penilaian Bank terhadap—

(A)

kesediaan operasi, tahap pengawalan dan pengurusan risiko seseorang pemegang lesen; dan

P.U (A) 255 3

(B)

apa-apa faktor lain yang berkaitan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;”.

Dibuat 18 September 2015

[BNM/JUN/1110/65/01; PN(PU2)701/IV]

TAN SRI DATO ’ SRI DR . ZETI AKHTAR AZIZ

Gabenor

Bank Negara Malaysia

Diluluskan

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

Menteri Kewangan

P.U (A) 255 4

MONEY SERVICES BUSINESS ACT 2011

MONEY SERVICES BUSINESS (REMITTANCE BUSINESS)

(AMENDMENT) REGULATIONS 2015

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (PERNIAGAAN PENGIRIMAN WANG) (PINDAAN) 2015