Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PERSAINGAN (TRIBUNAL RAYUAN) 2017

Seksyen 10

(1)

Suruhanjaya boleh, pada mana-mana peringkat prosiding, meminda pernyataan jawapan yang difailkan di bawah peraturan 7 dengan kebenaran Tribunal dan tertakluk kepada apa-apa terma, dan apa-apa arahan berbangkit, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), Tribunal tidak boleh memberikan kebenaran untuk meminda pernyataan jawapan yang difailkan di bawah peraturan 7

melainkan jika Tribunal berpuas hati bahawa—

(a)

pindaan itu berasaskan apa-apa perkara fakta atau undang-undang yang diketahui oleh Suruhanjaya hanya selepas pernyataan jawapan itu difailkan;

(b)

pindaan itu tidak praktik untuk dimasukkan dalam atau ditinggalkan daripada pernyataan jawapan itu apabila ia difailkan; atau

P.U. (A) 124 11

(c)

pindaan itu dimasukkan atau ditinggalkan disebabkan oleh hal keadaan yang luar biasa.

(3)

Jika kebenaran diberikan di bawah subperaturan (1), Suruhanjaya hendaklah memfailkan pernyataan jawapan terpinda itu dalam enam salinan dengan Tribunal.

(4)

Jika pernyataan jawapan dipinda di bawah subperaturan (1) selepas pernyataan jawapan itu disampaikan kepada perayu di bawah peraturan 8, pernyataan jawapan terpinda itu hendaklah disampaikan kepada perayu dalam masa empat belas hari dari tarikh pernyataan jawapan terpinda itu difailkan dengan Tribunal.

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PERSAINGAN (TRIBUNAL RAYUAN) 2017