Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Pengurusan kes
(1)
Jika Tribunal mendapati bahawa suatu pengurusan kes boleh memudahkan mana-mana prosiding, Tribunal boleh, atas usulnya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak, mengarahkan pihak-pihak untuk menghadiri suatu pengurusan kes yang berhubungan dengan perkara yang berbangkit dalam prosiding itu.
(2)
Tujuan pengurusan kes itu hendaklah termasuk yang berikut:
(a)
untuk memastikan penjalanan prosiding yang berkesan;
(b)
untuk menentukan isu dalam prosiding itu yang baginya pihak-pihak dikehendaki untuk mengemukakan hujah atau keterangan lanjutan;
P.U. (A) 124 12
(c)
untuk menjelaskan isu dalam prosiding itu, hujah fakta atau undang-undang, dan terma-terma perintah, relief atau arahan yang dipohon oleh pihak-pihak;
(d)
untuk menimbangkan kemungkinan penyelesaian bagi semua atau mana-mana isu dalam prosiding itu dan untuk memastikan bahawa apa-apa persetujuan antara pihak-pihak direkodkan; dan
(e)
untuk memastikan bahawa penjalanan prosiding itu direkodkan.
(3)
Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Tribunal, suatu pengurusan kes hendaklah diadakan secara tertutup.
Arahan