Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(1)
Tribunal boleh memberikan arahan di bawah perenggan 57(1)(g) Akta pada bila-bila masa, sama ada semasa pengurusan kes atau selainnya, atas usulnya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak, sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepat keputusan rayuan, yang termasuklah arahan yang berhubungan dengan—
(a)
cara bagaimana prosiding itu akan dijalankan, termasuk apa-apa had masa yang hendaklah dipatuhi dalam penjalanan pendengaran itu;
(b)
pemfailan apa-apa pliding tambahan selepas pernyataan jawapan atau butir-butir tambahan oleh pihak-pihak;
(c)
penyediaan penghujahan;
(d)
pemfailan apa-apa ikatan pliding, pernyataan bertulis saksi dan laporan pakar, jika ada;
(e)
tertakluk kepada persetujuan pihak-pihak, pemfailan apa-apa ikatan dokumen sokongan yang ditandakan seperti yang berikut:
P.U. (A) 124 13
(i)
Bahagian A – ikatan dokumen yang dipersetujui;
(ii)
Bahagian B – dokumen yang kesahannya tidak dipertikaikan tetapi kandungannya dipertikaikan; dan