Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(1)
Mana-mana pihak atau orang yang memfailkan dengan, atau mengemukakan kepada, Tribunal apa-apa dokumen boleh membuat permintaan kepada Tribunal bagi layanan kerahsiaan dokumen itu, secara keseluruhan atau sebahagiannya.
(2)
Permintaan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa empat belas hari dari tarikh pemfailan atau pengemukaan dokumen itu.
(3)
Jika permintaan di bawah subperaturan (1) berhubung dengan—
(a)
keseluruhan dokumen, pihak atau orang yang membuat permintaan di bawah subperaturan (1) hendaklah menyatakan sebab bagi permintaan itu; atau
P.U. (A) 124 16
(b)
mana-mana bahagian dokumen, pihak atau orang yang membuat permintaan di bawah subperaturan (1) hendaklah menyatakan perkataan, angka atau petikan yang diniatkan untuk dilayan sebagai rahsia dan sebab bagi permintaan untuk setiap bahagian dokumen itu yang diniatkan untuk dilayan sebagai rahsia.
(4)
Tribunal boleh membenarkan permintaan di bawah subperaturan (1)
tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Tribunal.
(5)
Pihak atau orang yang membuat permintaan di bawah subperaturan (1)
hendaklah memberikan dokumen itu dalam bentuk bukan rahsia kepada Tribunal sebagaimana yang diarahkan oleh Setiausaha.
(6)
Tribunal tidak boleh menimbangkan apa-apa permintaan di bawah subperaturan (1) yang tidak mematuhi peraturan ini melainkan jika Tribunal mendapati bahawa ketidakpatuhan itu disebabkan oleh hal keadaan yang luar biasa.
(7)
Jika mana-mana pihak atau orang mempertikaikan layanan kerahsiaan yang dibenarkan di bawah subperaturan (4), Tribunal hendaklah memutuskan pertikaian itu selepas mendengar pihak atau orang yang mempertikaikan layanan kerahsiaan itu dan pihak atau orang yang telah memfailkan atau mengemukakan dokumen yang berhubungan dengan pertikaian itu.
Saman untuk hadir