Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERSAINGAN (TRIBUNAL RAYUAN) 2017

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anggota Tribunal yang mempengerusikan” ertinya Presiden atau anggota Tribunal yang mempengerusikan apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu rayuan di hadapan

Tribunal;

“Daftar” ertinya Daftar Tribunal Rayuan Persaingan;

“peguam bela” ertinya—

(a)

seorang peguam bela dan peguam cara mengikut pengertian

Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166];

(b)

seorang peguam bela mengikut pengertian Ordinan Peguam Bela

Sabah [Sabah Cap. 2]; atau

P.U. (A) 124 5

(c)

seorang peguam bela mengikut pengertian Ordinan Peguam Bela

Sarawak [Sarawak Cap. 110];

“perayu” ertinya seseorang yang terkilan atau yang kepentingannya tersentuh oleh suatu keputusan Suruhanjaya di bawah seksyen 35, 39 atau 40 Akta;

“Presiden” ertinya Presiden Tribunal Rayuan Persaingan yang dilantik di bawah subseksyen 45(2) Akta;

“rayuan” ertinya suatu rayuan yang dibuat kepada Tribunal di bawah seksyen 51 Akta;

“Setiausaha” ertinya Setiausaha Tribunal Rayuan Persaingan yang dilantik di bawah subseksyen 50(1) Akta;

“Tribunal” ertinya Tribunal Rayuan Persaingan yang ditubuhkan di bawah seksyen 44 Akta;

“wakil” ertinya—

(a)

berhubung dengan seorang perayu, seorang peguam bela, atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh perayu dan dibenarkan oleh Tribunal untuk hadir bagi pihak perayu; dan

(b)

berhubung dengan

Suruhanjaya, seorang peguam bela, atau mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh

Suruhanjaya untuk hadir bagi pihaknya.

P.U. (A) 124 6