Malaysia legislation

Section 22

of PERATURAN-PERATURAN PERSAINGAN (TRIBUNAL RAYUAN) 2017

Seksyen 22

(1)

Perayu boleh, dengan kebenaran Tribunal, menarik balik rayuan pada bila-bila masa sebelum Tribunal membuat apa-apa keputusan mengenai rayuan itu dengan memfailkan suatu notis penarikan balik dengan Tribunal.

(2)

Perayu hendaklah menyampaikan sesalinan notis penarikan balik itu kepada

Suruhanjaya.

(3)

Penarikan balik di bawah subperaturan (1) itu tidak akan menjejaskan kuasa

Tribunal untuk membuat suatu perintah berhubung dengan pembayaran kos yang ditanggung sehingga masa pemfailan notis penarikan balik itu.

(4)

Jika suatu rayuan ditarik balik, tiada rayuan baharu boleh dibawa oleh perayu berhubung dengan keputusan yang menjadi perkara bagi rayuan yang ditarik balik sedemikian.

Penangguhan

Section 22 — PERATURAN-PERATURAN PERSAINGAN (TRIBUNAL RAYUAN) 2017