Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Keputusan Tribunal
(1)
Keputusan Tribunal di bawah seksyen 58 Akta—
(a)
hendaklah dibuat—
(i)
secara bertulis dan ditandatangani oleh semua anggota Tribunal yang mendengar rayuan itu; atau
(ii)
secara lisan oleh anggota Tribunal yang mempengerusikan, atau jika anggota Tribunal yang mempengerusikan tidak hadir, oleh mana-mana anggota Tribunal yang lain yang mendengar rayuan
P.U. (A) 124 22
itu; dan
(b)
hendaklah menyatakan sama ada keputusan itu berdasarkan majoriti atau selainnya.
(2)
Setiausaha hendaklah menyebabkan sesalinan keputusan itu diberikan kepada mana-mana pihak atas permintaan pihak itu.
(3)
Setiausaha hendaklah mencatatkan keputusan Tribunal dalam Daftar.