Malaysia legislation

Section 25

of PERATURAN-PERATURAN PERSAINGAN (TRIBUNAL RAYUAN) 2017

Seksyen 25

(1)

Semua prosiding di hadapan Tribunal hendaklah dalam bahasa kebangsaan.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), Tribunal boleh, atas permohonan mana-mana pihak kepada prosiding itu dan selepas menimbangkan kepentingan keadilan dalam prosiding itu, memerintahkan supaya prosiding itu hendaklah sebahagiannya dalam bahasa kebangsaan dan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris, atau hendaklah keseluruhannya dalam bahasa Inggeris.

(3)

Mana-mana pihak kepada prosiding itu boleh, dengan kebenaran Tribunal, meminta Tribunal untuk menyediakan seorang penterjemah yang diperakui untuk membantu saksi.

(4)

Semua kos yang ditanggung berkenaan dengan penterjemah yang disediakan di bawah subperaturan (3) hendaklah ditanggung oleh pihak yang menyediakan penterjemah itu.

Cara penyampaian

Section 25 — PERATURAN-PERATURAN PERSAINGAN (TRIBUNAL RAYUAN) 2017