Skip to content

Seksyen 26

Cara penyampaian

of Peraturan-Peraturan Persaingan (Tribunal Rayuan) 2017

P.U. (A)In forceProvision 26 of 30
Seksyen 26

(1)

Apa-apa notis atau dokumen yang dikehendaki untuk disampaikan kepada mana-mana orang di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh disampaikan dan hendaklah

P.U. (A) 124 23

disifatkan telah disampaikan kepada orang itu dengan menyampaikan sesalinan notis atau dokumen itu—

(a)

jika orang itu ialah orang sebenar—

(i)

secara ke diri kepada orang itu; atau

(ii)

melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada orang itu di alamat penyampaiannya atau di alamat terakhir yang diketahui;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, pertubuhan atau persatuan—

(i)

secara ke diri kepada pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang serupa bagi pertubuhan perbadanan, pertubuhan atau persatuan itu; atau

(ii)

melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang serupa bagi pertubuhan perbadanan, pertubuhan atau persatuan itu di pejabat berdaftar pertubuhan perbadanan, pertubuhan atau persatuan itu, atau di alamat penyampaiannya; atau

(c)

jika orang itu ialah suatu firma—

(i)

secara ke diri kepada tuan punya tunggal atau pekongsi bagi firma itu; atau

(ii)

melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada tuan punya tunggal atau pekongsi bagi firma itu di pejabat berdaftar firma itu atau di alamat penyampaiannya.

P.U. (A) 124 24

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), penyampaian apa-apa notis atau dokumen kepada Suruhanjaya boleh dilaksanakan melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada

Pengerusi Suruhanjaya di alamat penyampaian Suruhanjaya.

(3)

Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Tribunal, apa-apa notis atau dokumen yang dikehendaki untuk difailkan dengan Tribunal hendaklah dihantar serah secara ke diri kepada Setiausaha di pejabat Tribunal.