Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(1)
Tribunal boleh, pada akhir prosiding, memerintahkan supaya apa-apa dokumen atau benda lain yang dikemukakan semasa prosiding itu dihantar serah kepada pemunya yang sah.
(2)
Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis mengenai apa-apa perintah yang dibuat di bawah subperaturan (1) kepada pemunya yang sah bagi dokumen atau benda lain itu.
(3)
Jika tiada seorang pun mengambil penghantarserahan dokumen atau benda lain itu yang disebut dalam subperaturan (1) dalam masa enam bulan dari tarikh notis di bawah subperaturan (2), pemunyaan dokumen atau benda lain itu hendaklah disifatkan telah dipindah milik kepada dan terletak hak pada Tribunal dan Tribunal boleh menguruskannya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh
Tribunal.
Arahan amalan