Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Tiap-tiap notis rayuan yang difailkan dengan Tribunal di bawah seksyen 51 Akta hendaklah dalam lapan salinan dan—
(a)
hendaklah menyatakan—
(i)
nama perayu, dan wakilnya jika ada;
(ii)
nama Suruhanjaya, dan wakilnya jika ada;
(iii)
alamat penyampaian bagi apa-apa notis atau dokumen kepada perayu atau wakilnya;
(iv)
alamat penyampaian bagi apa-apa notis atau dokumen kepada
Suruhanjaya atau wakilnya;
(v)
tarikh keputusan yang terhadapnya rayuan dibuat dan ringkasan kandungan keputusan itu;
(vi)
pernyataan fakta yang jelas dan padat;
(vii)
alasan rayuan bersama dengan butir-butir fakta atau undang-undang yang Suruhanjaya dikatakan telah terkhilaf;
(viii)
hujah fakta atau undang-undang yang ringkas yang menyokong setiap alasan rayuan; dan
(ix)
relief, atau arahan jika ada, yang dipohon oleh perayu; dan
P.U. (A) 124 7
(b)
hendaklah menyenaraikan semua dokumen sokongan yang dilampirkan pada notis rayuan, jika ada.
(2)
Notis rayuan itu hendaklah ditandatangani dan dicatatkan tarikh oleh perayu atau wakilnya.
(3)
Notis rayuan itu hendaklah disertakan dengan sesalinan keputusan yang terhadapnya rayuan dibuat.
Ketidakpatuhan kehendak yang berhubungan dengan notis rayuan