Skip to content

Seksyen 5

Notis rayuan hendaklah dimeterai, dsb., dan dicatatkan dalam Daftar

of Peraturan-Peraturan Persaingan (Tribunal Rayuan) 2017

P.U. (A)In forceProvision 5 of 30
Seksyen 5

(1)

Apabila notis rayuan diterima, Setiausaha hendaklah menyebabkan salinan notis rayuan yang difailkan—

(a)

ditandatangani dan dicatatkan tarikh;

(b)

dimeterai dengan meterai Tribunal; dan

(c)

diberikan nombor rujukan.

(2)

Setiausaha hendaklah menyebabkan tiap-tiap notis rayuan yang difailkan dicatatkan dalam Daftar.

(3)

Selepas notis rayuan yang difailkan dicatatkan dalam Daftar, Setiausaha hendaklah menyebabkan dua salinan notis rayuan itu dikembalikan kepada perayu.

P.U. (A) 124 8