Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN PERSAINGAN (TRIBUNAL RAYUAN) 2017

Seksyen 7

Pernyataan jawapan

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (5), Suruhanjaya yang telah disampaikan dengan sesalinan notis rayuan di bawah peraturan 6 hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian itu, memfailkan pernyataan jawapan dalam enam salinan dengan Tribunal.

(2)

Pernyataan jawapan itu—

(a)

hendaklah menyatakan—

(i)

nama Suruhanjaya, dan wakilnya jika ada;

(ii)

alamat penyampaian bagi apa-apa notis atau dokumen kepada

Suruhanjaya atau wakilnya;

(iii)

hujah fakta atau undang-undang yang ringkas yang menyokong keputusan yang terhadapnya rayuan dibuat; dan

(iv)

relief atau arahan yang dipohon oleh Suruhanjaya, jika ada; dan

(b)

hendaklah menyenaraikan semua dokumen sokongan yang dilampirkan pada pernyataan jawapan itu, jika ada.

(3)

Pernyataan jawapan itu hendaklah ditandatangani dan dicatatkan tarikh oleh

Suruhanjaya atau wakilnya.

(4)

Pernyataan jawapan itu hendaklah terbatas kepada perkara yang dibangkitkan dalam notis rayuan.

P.U. (A) 124 9

(5)

Tribunal boleh, atas permohonan Suruhanjaya, melanjutkan tempoh masa bagi pemfailan pernyataan jawapan di bawah subperaturan (1).

Penyampaian pernyataan jawapan

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN PERSAINGAN (TRIBUNAL RAYUAN) 2017