Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Pindaan notis rayuan
(1)
Perayu boleh, pada mana-mana peringkat prosiding, meminda notis rayuan yang difailkan di bawah peraturan 3 dengan kebenaran Tribunal dan tertakluk kepada apa-apa terma, dan apa-apa arahan berbangkit, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh
Tribunal.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), Tribunal tidak boleh memberikan kebenaran untuk meminda notis rayuan yang difailkan di bawah peraturan 3 bagi maksud memasukkan alasan rayuan yang baharu melainkan jika Tribunal berpuas hati bahawa—
(a)
alasan rayuan yang baharu itu berasaskan apa-apa perkara fakta atau undang-undang yang diketahui oleh perayu hanya selepas notis rayuan itu difailkan;
(b)
alasan rayuan yang baharu itu tidak praktik untuk dimasukkan dalam notis rayuan itu apabila ia difailkan; atau
(c)
alasan rayuan yang baharu itu dimasukkan oleh hal keadaan yang luar biasa.
(3)
Jika kebenaran diberikan di bawah subperaturan (1), perayu hendaklah memfailkan notis rayuan terpinda itu dalam lapan salinan dengan Tribunal.
P.U. (A) 124 10
(4)
Setiausaha hendaklah menyebabkan notis rayuan terpinda itu ditandatangani dan dimeterai, dan dikembalikan kepada perayu.
(5)
Jika notis rayuan dipinda di bawah subperaturan (1) selepas notis rayuan itu disampaikan kepada Suruhanjaya di bawah peraturan 6, notis rayuan terpinda yang ditandatangani dan dimeterai itu hendaklah disampaikan kepada Suruhanjaya dalam masa empat belas hari dari tarikh notis rayuan terpinda itu dikembalikan kepada perayu di bawah subperaturan (4).
(6)
Jika notis rayuan terpinda itu disampaikan kepada Suruhanjaya selepas pernyataan jawapan disampaikan kepada perayu di bawah peraturan 8, Suruhanjaya boleh meminda pernyataan jawapannya dan menyampaikan pernyataan jawapan terpinda itu kepada perayu dalam masa empat belas hari dari tarikh notis rayuan terpinda itu disampaikan kepada Suruhanjaya.
Pindaan pernyataan jawapan