Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain
of Peraturan-Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Keistimewaan dan Kekebalan) 2012
“organ subsidiari” ertinya organ yang ditubuhkan di bawah organ utama
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang termasuk‒
(a)
suatu organ atau pejabat dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
(b)
suatu suruhanjaya, majlis atau badan lain yang ditubuhkan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau organnya; dan
(c)
suatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil suatu jawatankuasa,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau organ, suruhanjaya, majlis atau badannya, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual;
4
“organ utama” ertinya organ yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, iaitu—
(a)
Perhimpunan Agung;
(b)
Majlis Keselamatan;
(c)
Majlis Ekonomi dan Sosial;
(d)
Majlis Peramanahan;
(e)
Mahkamah Keadilan Antarabangsa; dan
(f)
Sekretariat; dan
“pegawai” ertinya seseorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, selain pegawai tempatan yang diambil bekerja.
Pengisytiharan
Pertubuhan
Bangsa-Bangsa