Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN ASIA TENGGARA(SEAMEO) (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 2012

Seksyen 10

(1)

Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia

Tenggara hendaklah mempunyai hak untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara daripada apa-apa proses undang-undang selain pelaksanaannya.

(2)

Sesuatu Negara Anggota Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia

Tenggara atau Ketua Organ atau badan subsidiari kepada Pertubuhan Menteri-Menteri

Pendidikan Asia Tenggara hendaklah mempunyai kuasa dan kewajipan untuk mengetepikan keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada mana-mana orang yang ditauliahkan kepada Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara, atau yang hadir dalam Persidangan Antarabangsa yang dianjurkan oleh Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara sebagai wakilnya jika, pada pandangan Negara

Anggota atau Ketua Organ, keistimewaan dan kekebalan itu akan menghalang perjalanan keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan maksud yang baginya kekebalan itu diberikan.

P.U. (A) 200 6

(3)

Persidangan Majlis Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEC)

hendaklah mempunyai kuasa dan kewajipan untuk mengetepikan keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada mana-mana Pegawai Tinggi atau pegawai kepada

Organ atau badan subsidiari Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara atau pegawai atau mana-mana orang yang sedang berkhidmat dalam Organ atau yang sedang mengambil bahagian dalam kerja, atau yang sedang melaksanakan apa-apa misi bagi pihak Organ atau badan-badan subsidiari Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan

Asia Tenggara jika, pada pendapatnya, keistimewaan dan kekebalan itu akan menghalang perjalanan keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan

Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara.