Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN ASIA TENGGARA(SEAMEO) (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 2012

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Badan-badan subsidiari” ertinya pusat serantau yang ditubuhkan di bawah

Organ Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara yang dinyatakan dalam

Jadual;

“Organ” ertinya organ-organ yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Menteri-Menteri

Pendidikan Asia Tenggara yang dinyatakan dalam Jadual;

“pegawai” ertinya seseorang pegawai Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan

Asia Tenggara tetapi tidak termasuk pegawai tempatan;

“Pegawai Tinggi” ertinya seseorang yang memegang jawatan ketua eksekutif bagi setiap Organ atau badan-badan subsidiari Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan

P.U. (A) 200 3

Asia Tenggara dan, dalam hal apabila suatu badan subsidiari mempunyai pejabat di

Malaysia, ketua badan subsidiari tersebut juga di Malaysia;

“Persidangan Antarabangsa” ertinya semua aktiviti yang dianjurkan oleh Organ di bawah Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara termasuk mesyuarat, persidangan, forum, seminar, bengkel, penyelidikan dan kursus;

“Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara” ertinya pertubuhan yang ditubuhkan melalui Piagam Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia

Tenggara yang ditandatangani di Singapura pada 7 Februari 1968 dan termasuklah

Organnya dan badan-badan subsidiari yang ditubuhkan di bawah Organ itu.

Pengisytiharan Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara menjadi organisasi antarabangsa 3.

Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara diisytiharkan menjadi suatu organisasi antarabangsa yang baginya seksyen 4 Akta terpakai.

Keperibadian juridikal

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN ASIA TENGGARA(SEAMEO) (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 2012