Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN PELADANG (PINDAAN) 2016

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang 1983 [P.U. (A) 303/1983], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 32―

(a)

dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:

“(1)

Tertakluk kepada subperaturan (6), Wakil-wakil Unit daripada mana-mana unit ahli suatu Pertubuhan Peladang Kawasan hendaklah seperti yang berikut:

(a)

dua orang Wakil-wakil Unit bagi lima puluh orang ahli yang pertama; dan

(b)

dua orang Wakil-wakil Unit bagi setiap lima puluh orang ahli yang berikutnya, atau bagi setiap ahli yang berikutnya yang kurang daripada lima puluh orang ahli.”;

P.U. (A) 17 3

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:

“(1A) Wakil-wakil Unit sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (1) hendaklah termasuk Pengerusi Jawatankuasa Unit bagi setiap unit ahli suatu Pertubuhan Peladang Kawasan.

(1B)

Bagi maksud subperaturan (1), Wakil-wakil Unit daripada mana-mana unit ahli suatu koperasi berasaskan pertanian hendaklah terdiri daripada empat orang ahli sahaja.”;

(c)

dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:

“(2)

Tertakluk kepada subperaturan (2A), Wakil-wakil Kawasan daripada mana-mana unit ahli Pertubuhan Peladang Negeri hendaklah seperti yang berikut:

(a)

bagi Pertubuhan Peladang Kawasan yang bilangan ahlinya melebihi seribu orang—

(i)

lima orang Wakil–wakil Kawasan bagi seribu orang ahli pertama; dan

(ii)

seorang Wakil Kawasan bagi setiap seribu orang ahli yang berikutnya, atau bagi setiap ahli yang berikutnya yang kurang daripada seribu orang; atau

(b)

bagi Pertubuhan Peladang Kawasan yang bilangan ahlinya kurang daripada seribu orang, lima orang

Wakil-wakil Kawasan.”;

P.U. (A) 17 4

(d)

dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:

“(2A) Wakil-wakil Kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (2) hendaklah―

(a)

termasuk Pengerusi Jemaah Pengarah bagi setiap

Pertubuhan Peladang Kawasan; dan

(b)

tidak melebihi sebelas orang bagi setiap Pertubuhan

Peladang Kawasan.

(2B)

Walau apa pun subperaturan (1) dan (2), bilangan

Wakil-wakil Unit atau Wakil-wakil Kawasan daripada mana-mana unit ahli di negeri Sarawak hendaklah ditentukan oleh Pendaftar.”;

(e)

dengan menggantikan subperaturan (3) dengan subperaturan yang berikut:

“(3)

Tertakluk kepada subperaturan (3A), Wakil-wakil Negeri untuk Pertubuhan Peladang Kebangsaan hendaklah seperti yang berikut:

(a)

bagi Pertubuhan Peladang Negeri yang bilangan ahlinya melebihi lima ribu orang—

(i)

lima orang Wakil–wakil Negeri bagi lima ribu orang ahli pertama; dan

(ii)

dua orang Wakil-wakil Negeri bagi setiap lima ribu orang ahli yang berikutnya, atau bagi setiap ahli yang berikutnya yang kurang daripada lima ribu orang; atau

P.U. (A) 17 5

(b)

bagi Pertubuhan Peladang Negeri yang bilangan ahlinya kurang daripada lima ribu orang, lima orang

Wakil-wakil Negeri.”;

(f)

dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:

“(3A) Wakil-wakil Negeri sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (3) hendaklah―

(a)

termasuk Pengerusi Jemaah Pengarah bagi setiap

Pertubuhan Peladang Negeri; dan

(b)

tidak melebihi lima puluh satu orang bagi setiap

Pertubuhan Peladang Negeri.”; dan

(g)

dengan menggantikan subperaturan (4) dengan subperaturan yang berikut:

“(4)

Bagi maksud subperaturan (1), (2) dan (3), penentuan bilangan ahli yang layak di bawah peraturan 26 untuk menentukan bilangan Wakil-wakil Unit, Wakil-wakil Kawasan, atau Wakil-wakil

Negeri, adalah sebelum 30 April bagi tahun suatu pemilihan hendak diadakan.”.

P.U. (A) 17 6

Pindaan peraturan 35

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN PELADANG (PINDAAN) 2016