Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Peraturan 35 Peraturan-Peraturan ibu dipinda―
(a)
dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:
“(1)
Jemaah Pengarah―
(a)
bagi setiap
Pertubuhan
Peladang
Kawasan hendaklah terdiri daripada sebelas orang ahli yang dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan yang empat orang daripadanya merupakan dua orang Peladang
Muda dan dua orang Peladang Nita;
(b)
bagi setiap Pertubuhan Peladang Negeri hendaklah terdiri daripada tiga belas orang yang dipilih dalam
Mesyuarat Agong Tahunan yang empat orang daripadanya merupakan dua orang Peladang Muda dan dua orang Peladang Nita; dan
(c)
bagi Pertubuhan Peladang Kebangsaan hendaklah terdiri daripada sebelas orang yang dipilih dalam
Mesyuarat Agong Tahunan dan empat orang yang dilantik oleh Menteri.”;
(b)
dengan memotong subperaturan (2) dan (3);
P.U. (A) 17 7
(c)
dengan menggantikan subperaturan (4) dengan subperaturan yang berikut:
“(4)
Mana-mana ahli Jemaah Pengarah yang dipilih―
(a)
hendaklah memegang jawatan sehingga pemilihan
Jemaah Pengarah dalam Mesyuarat Agong Tahunan yang berikutnya;
(b)
layak untuk dipilih semula bagi tempoh maksimum tiga penggal berturut-turut; dan
(c)
tidak boleh dipilih semula selepas tamat tempoh maksimum yang dinyatakan dalam perenggan (b)
untuk tempoh sekurang-kurangnya satu penggal.”;
(d)
dengan menggantikan subperaturan (5) dengan subperaturan yang berikut:
“(5)
Ahli Jemaah Pengarah yang dilantik oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) hendaklah memegang jawatan selama suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.”;
(e)
dalam subperaturan (6), dengan memotong perkataan “, dan bagi Negeri
Sarawak, Pengerusi Jemaah Pengarah hendaklah dilantik oleh Menteri
Pertanian dan Pembangunan Masyarakat Sarawak dari kalangan ahli-ahli
Jemaah”; dan
P.U. (A) 17 8
(f)
dengan memasukkan selepas subperaturan (10) subperaturan yang berikut:
“(11) Bagi maksud peraturan ini―
“Peladang Muda” ertinya seseorang yang berumur di bawah empat puluh tahun yang menjadi ahli Pertubuhan
Peladang;
“Peladang Nita” ertinya seorang wanita yang menjadi ahli Pertubuhan Peladang.”.
Pindaan peraturan 36