Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang 1983 [P.U. (A) 303/1983], yang disebut
“Peraturan-Peraturan ibu”
dalam
(a)
dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:
“(1) Jemaah Pengarah bagi tiap-tiap Pertubuhan Peladang Kawasan hendaklah terdiri daripada—
(a)
tujuh orang ahli yang dipilih dalam
Mesyuarat Agong Tahunan; dan
(b)
lima orang ahli yang dilantik oleh Menteri, seorang daripadanya hendaklah merupakan Peladang Muda dan seorang daripadanya hendaklah merupakan Peladang Nita.”;
3
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:
“(2) Pengerusi
Jemaah
Pengarah bagi
Pertubuhan
Peladang Kawasan hendaklah dipilih melalui suatu undian majoriti daripada jumlah ahli Jemaah dan jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, calon-calon yang mempunyai undi yang sama banyak hendaklah mencabut undi untuk menentukan siapa yang akan menjadi pengerusi.
(3)
Jemaah Pengarah bagi tiap-tiap Pertubuhan Peladang Negeri hendaklah terdiri daripada—
(a)
empat orang ahli yang dipilih dalam
Mesyuarat Agong Tahunan; dan
(b)
lima orang ahli yang dilantik oleh Menteri, tiga orang daripadanya hendaklah merupakan—
(i)
seorang wakil daripada kementerian yang bertanggungjawab bagi pertanian dan industri asas tani;
(ii)
seorang Peladang Muda; dan
(iii)
seorang Peladang Nita.
(3A)
Pengerusi Jemaah Pengarah bagi Pertubuhan Peladang Negeri hendaklah dinamakan oleh ahli Jemaah Pengarah daripada kalangan mereka dan diluluskan oleh Menteri.
4
(3B)
Jemaah Pengarah bagi Pertubuhan Peladang Kebangsaan hendaklah terdiri daripada—
(a)
lima orang ahli yang dipilih dalam
Mesyuarat Agong Tahunan; dan
(b)
enam orang ahli yang dilantik oleh Menteri, seorang daripadanya hendaklah merupakan wakil daripada kementerian yang bertanggungjawab bagi pertanian dan industri asas tani dan seorang daripadanya hendaklah merupakan wakil daripada kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan.
(3C)
Pengerusi
Jemaah
Pengarah bagi
Pertubuhan
Peladang Kebangsaan hendaklah dinamakan oleh ahli Jemaah Pengarah daripada kalangan mereka dan diluluskan oleh Menteri.”;
(c)
dalam perenggan (4)(b), dengan menggantikan perkataan “tiga” dengan perkataan “dua”;
(d)
dalam subperaturan (5), dengan memotong perkataan “di bawah perenggan (1)(c)”;
(e)
dengan memotong subperaturan (6); dan
(f)
dengan menggantikan subperaturan (8) dengan subperaturan yang berikut:
“(8)
Kuorum bagi apa-apa mesyuarat Jemaah Pengarah bagi
Pertubuhan Peladang Kawasan, Pertubuhan Peladang Negeri dan
Pertubuhan Peladang Kebangsaan ialah tujuh orang.”.
5
Pindaan peraturan 44