Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang 1983 [P.U. (A) 303/1983], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 35—
(a)
dengan menggantikan subperaturan
(1)
dengan subperaturan yang berikut:
“(1) Jemaah Pengarah—
(a)
bagi setiap Pertubuhan Peladang Kawasan, hendaklah terdiri daripada sebelas orang ahli yang dipilih dalam
Mesyuarat Agong Tahunan—
(i)
dua orang ahli daripadanya hendaklah merupakan
Peladang Muda; dan
(ii)
dua orang ahli daripadanya hendaklah merupakan
Peladang Nita;
3
(b)
bagi setiap Pertubuhan Peladang Negeri, hendaklah terdiri daripada tiga belas orang—
(i)
sebelas orang ahli daripadanya hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan—
seorang ahli daripadanya hendaklah merupakan Peladang Muda; dan seorang ahli daripadanya hendaklah merupakan Peladang Nita; dan
(ii)
dua orang daripadanya hendaklah dilantik oleh
Menteri—
(A)
seorang daripadanya hendaklah merupakan wakil daripada kementerian yang bertanggungjawab bagi pertanian dan industri makanan; dan
(B)
seorang daripadanya hendaklah merupakan pakar dalam bidang perniagaan pertanian; dan
(c)
bagi Pertubuhan Peladang Kebangsaan, hendaklah terdiri daripada tujuh belas orang—
(i)
sebelas orang ahli daripadanya hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan; dan
(ii)
enam orang daripadanya hendaklah dilantik oleh
Menteri.”;
4
(b)
dengan menggantikan subperaturan
(2)
dengan subperaturan yang berikut:
“(2)
Pengerusi Jemaah Pengarah mana-mana Pertubuhan
Peladang hendaklah dipilih melalui suatu undian majoriti daripada jumlah ahli Jemaah dalam mesyuarat pertama Jemaah Pengarah itu dan jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, calon-calon yang mempunyai undi yang sama banyak hendaklah mencabut undi untuk menentukan siapa yang akan menjadi pengerusi.”;
(c)
dengan memotong subperaturan (3), (3A), (3B) dan (3C);
(d)
dalam perenggan (4)(b), dengan menggantikan perkataan “dua” dengan perkataan “tiga”; dan
(e)
dengan menggantikan subperaturan
(8)
dengan subperaturan yang berikut:
“(8)
Kuorum bagi apa-apa mesyuarat
Jemaah
Pengarah hendaklah terdiri daripada yang berikut:
(a)
lima orang bagi suatu Pertubuhan Peladang Kawasan;
(b)
tujuh orang bagi suatu Pertubuhan Peladang Negeri;
dan
(c)
sembilan orang bagi
Pertubuhan
Peladang
Kebangsaan.”.
Penerusan Pemegangan Jawatan