Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN PELADANG (PINDAAN) 2025

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan

Pertubuhan

Peladang 1983

[P.U.

303/1983], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 32—

(a)

dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:

“(1)

Tertakluk kepada subperaturan (6), Wakil-wakil Unit dari mana-mana unit ahli sesuatu Pertubuhan Peladang Kawasan hendaklah seperti yang berikut:

(a)

dalam hal keadaan keseluruhan ahlinya lebih daripada lima puluh orang ahli—

(i)

tiga orang Wakil-wakil Unit bagi lima puluh orang ahli yang pertama; dan

P.U. (A) 81 3

(ii)

dua orang Wakil-wakil Unit bagi tiap-tiap lima puluh orang ahli atau kurang daripada lima puluh orang ahli yang berikutnya; atau

(b)

dalam hal keadaan keseluruhan ahlinya kurang daripada lima puluh orang ahli, tiga orang

Wakil-wakil Unit.”;

(b)

dengan menggantikan subperaturan (1A) dengan subperaturan yang berikut:

“(1A)

Wakil-wakil Unit bagi tiap-tiap unit ahli sesuatu

Pertubuhan Peladang Kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (1) hendaklah termasuk:

(i)

Pengerusi Jawatankuasa Unit;

(ii)

Ketua Kumpulan Peladang Muda; dan

(iii)

Ketua Kumpulan Peladang Nita.”;

(c)

dalam subperaturan (1B), dengan menggantikan perkataan “empat”

dengan perkataan “dua”;

(d)

dalam perenggan (2A)(a), dengan memasukkan selepas perkataan

“Pengerusi Jemaah Pengarah” perkataan “, Ketua Kumpulan Peladang

Muda dan Ketua Kumpulan Peladang Nita”;

(e)

dengan menggantikan subperaturan (2B) dengan subperaturan yang berikut:

P.U. (A) 81 4

“(2B)

Walau apa pun subperaturan (1) dan (2)—

(a)

bilangan Wakil-wakil Unit daripada mana-mana unit ahli Pertubuhan Peladang di Negeri Sarawak hendaklah tiga orang

Wakil-wakil

Unit bagi tiap-tiap unit ahli;

(b)

Wakil-wakil Unit sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan

(a)

hendaklah termasuk

Pengerusi Jawatankuasa Unit, Ketua Kumpulan

Peladang Muda dan Ketua Kumpulan Peladang

Nita bagi setiap unit ahli suatu Pertubuhan

Peladang Kawasan;

(c)

Wakil-wakil

Kawasan daripada mana-mana unit ahli Pertubuhan Peladang di Negeri Sarawak hendaklah seperti yang berikut:

(i)

dalam hal keadaan keseluruhan ahlinya lebih daripada satu ribu orang:

tiga orang Wakil-wakil Kawasan bagi satu ribu orang ahli yang pertama; dan seorang Wakil Kawasan bagi setiap satu ribu orang ahli yang berikutnya, atau bagi setiap ahli yang berikutnya yang kurang daripada satu ribu orang; dan

P.U. (A) 81 5

(ii)

dalam hal keadaan keseluruhan ahlinya kurang daripada satu ribu orang, tiga orang Wakil-wakil Kawasan:

Dengan syarat bahawa Wakil-wakil Kawasan tidak melebihi sebelas orang; dan

(d)

Wakil-wakil

Kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (c) hendaklah termasuk

Pengerusi

Jemaah

Pengarah,

Ketua Kumpulan Peladang Muda dan Ketua

Kumpulan Peladang Nita bagi setiap Pertubuhan

Peladang Kawasan.”; dan

(f)

dalam perenggan (3A)(a), dengan memasukkan selepas perkataan

“Pengerusi Jemaah Pengarah” perkataan “, Ketua Kumpulan Peladang

Muda dan Ketua Kumpulan Peladang Nita”.

Pindaan peraturan 35

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN PELADANG (PINDAAN) 2025