Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN 2017

Seksyen 11

Penamaan melebihi kekosongan

Jika Pegawai Pengurus menerima penamaan lebih daripada kekosongan untuk diisi, Pegawai Pengurus hendaklah menyebabkan suatu notis disiarkan dalam laman web rasmi Majlis atau dalam apa-apa bentuk penyiaran lain yang difikirkan sesuai olehnya yang menyatakan—

(a)

tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan untuk mengundi;

(b)

tatacara bagi mengundi; dan

(c)

nama calon dan maklumat lain yang relevan.

Bentuk pengundian