Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(2)
Fungsi Jawatankuasa Pendidikan Perubatan ialah untuk mengiktiraf institusi latihan dan kelulusan yang dianugerahkan oleh institusi latihan yang diiktiraf bagi maksud pendaftaran pengamal perubatan.
(3)
Jawatankuasa Pendidikan Perubatan hendaklah membuat syor yang berikut kepada Majlis:
(a)
standard dan kelayakan institusi latihan yang dikehendaki bagi penyenaraian dalam Jadual Kedua kepada Akta dan penyenggaraan standard itu;
(b)
standard kemahiran yang dikehendaki daripada calon dalam peperiksaan kelayakan;
(c)
program latihan yang relevan bagi pengamal perubatan berdaftar sementara; dan
(d)
standard dan kelayakan bagi kemasukan ke dalam daftar pakar.
(4)
Berhubung dengan seseorang yang memegang kelayakan daripada institusi yang tidak disenaraikan dalam Jadual Kedua kepada Akta, Jawatankuasa Pendidikan
Perubatan hendaklah membuat syor yang berikut kepada Majlis:
P.U. (A) 188 18
(a)
kelayakan yang dikehendaki dalam bidang perubatan dan pembedahan bagi maksud subperenggan 12(1)(a)(ii) Akta; dan
(b)
peperiksaan yang dijalankan oleh suatu badan yang diluluskan oleh
Menteri di bawah perenggan 12(1)(aa) Akta.
Jawatankuasa Penilaian