Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(2)
Jawatankuasa Penilaian bagi Kelayakan Perubatan Utama hendaklah membuat syor kepada Majlis, termasuk sekatan dan syarat yang difikirkannya perlu, bagi permohonan yang berikut:
(a)
suatu pendaftaran sementara di bawah seksyen 12 Akta;
(b)
suatu pendaftaran penuh di bawah seksyen 14 Akta; atau
(c)
suatu perakuan pengamalan sementara di bawah subseksyen 16(1)
Akta.
(3)
Jawatankuasa Penilaian bagi Kelayakan Pakar Perubatan hendaklah membuat syor kepada Majlis, termasuk syarat dan sekatan yang difikirkannya perlu, bagi pendaftaran sebagai seorang pakar di bawah seksyen 14C Akta.
(4)
Majlis boleh menerima atau menolak syor yang dibuat oleh Jawatankuasa
Penilaian bagi Kelayakan Perubatan Utama atau Jawatankuasa Penilaian bagi Kelayakan
Pakar Perubatan dengan syarat Majlis hendaklah memberikan sebab untuk direkodkan bagi penolakan itu.
P.U. (A) 188 19
Daftar Perubatan Malaysia