Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN 2017

Seksyen 4

(1)

Dalam hal pemilihan anggota terpilih Majlis atau jika suatu kekosongan dalam mana-mana jawatan anggota terpilih Majlis berbangkit kerana luput masa,

Pegawai Pengurus hendaklah, sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh yang dicadangkan untuk mengadakan pemilihan atau berlakunya kekosongan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, menyebabkan suatu notis disiarkan dalam laman web rasmi Majlis atau dalam apa-apa bentuk penyiaran lain yang difikirkan sesuai oleh

Majlis.

(2)

Notis yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah—

(a)

menyatakan jawatan yang kosong atau akan kosong itu;

(b)

memohon penamaan calon bagi jawatan itu; dan

(c)

menyatakan masa dan tarikh yang selepas darinya penamaan calon bagi jawatan itu tidak diterima.

(3)

Jika apa-apa kekosongan dalam mana-mana jawatan anggota terpilih Majlis berlaku disebabkan kematian, peletakan jawatan atau pemberhentian keanggotaan

Majlis, Pegawai Pengurus hendaklah, dalam tempoh satu bulan dari berlakunya kekosongan itu, menyebabkan suatu notis disiarkan dalam laman web rasmi Majlis atau dalam apa-apa bentuk penyiaran lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis.

(4)

Notis yang disebut dalam subperaturan (3) hendaklah—

(a)

menyatakan jawatan yang dikosongkan itu;

(b)

memohon penamaan calon bagi jawatan itu; dan

P.U. (A) 188 8

(c)

menyatakan masa dan tarikh yang selepas darinya penamaan calon bagi jawatan itu tidak diterima.

Penamaan

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN 2017 | mylaw.my