Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Penamaan calon hendaklah dalam Borang 1 dan hendaklah ditandatangani oleh dua orang pengamal perubatan berdaftar penuh, masing-masing sebagai pencadang dan penyokong dan diendors dengan persetujuan bertulis calon itu.
(2)
Tiada seorang pun boleh mencadang atau menyokong penamaan mana-mana calon kecuali dia merupakan seorang yang layak untuk memilih anggota di bawah perenggan 3A(1)(e), (f) atau (g) Akta.
(3)
Tiap-tiap orang yang layak untuk memilih anggota di bawah perenggan 3A(1)(e), (f) atau (g) Akta dan yang berhasrat untuk menamakan mana-mana calon bagi pemilihan sebagai anggota Majlis hendaklah—
(a)
memasukkan namanya sendiri sebagai pencadang atau penyokong dan menandatangani borang penamaan yang disebut dalam subperaturan (1);
(b)
memasukkan pada borang penamaan nama setiap calon yang dihasratkannya untuk dinamakan dan mendapatkan kebenaran setiap calon yang namanya diendors pada borang itu; dan
(c)
mengemukakan borang penamaan bersama dengan maklumat yang dikehendaki kepada Pegawai Pengurus.
(4)
Bilangan calon yang dinamakan oleh mana-mana pencadang tidak boleh melebihi bilangan kekosongan anggota terpilih Majlis yang akan diisi dalam pemilihan itu.
P.U. (A) 188 9
(5)
Setelah menerima suatu borang penamaan, Pegawai Pengurus atau penolongnya hendaklah mengendors tarikh dan masa menerima borang penamaan itu.
(6)
Tiada penamaan boleh diterima oleh Pegawai Pengurus atau penolongnya selepas penutupan penamaan calon.
Penarikan balik pencalonan