Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Mana-mana calon boleh menarik balik pencalonannya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghantaran borang penamaan melalui notis secara bertulis dan diserahkan kepada Pegawai Pengurus.
(2)
Seseorang calon yang telah menarik balik pencalonannya tidak dibenarkan untuk membatalkan penarikan balik pencalonannya atau untuk dicalonkan semula sebagai seorang calon dalam pemilihan yang sama.
(3)
Setelah menerima suatu notis penarikan balik, Pegawai Pengurus hendaklah menyiarkan fakta tentang penarikan balik itu dalam laman web rasmi Majlis atau dalam apa-apa bentuk penyiaran lain yang difikirkan sesuai olehnya.
Kelayakan penamaan