Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Pegawai Pengurus hendaklah, dalam tempoh empat belas hari selepas penutupan penamaan calon, menyebabkan suatu notis disiarkan dalam laman web rasmi Majlis atau dalam apa-apa bentuk penyiaran lain yang difikirkan sesuai oleh
Majlis.
(2)
Notis yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah menyatakan—
P.U. (A) 188 10
(a)
jawatan yang kosong atau yang akan kosong dan yang berkenaannya pemilihan diadakan;
(b)
nama calon yang dinamakan dan nama pengamal perubatan berdaftar penuh yang mencadang dan menyokong calon itu; dan
(c)
masa dan tarikh yang selepas darinya tiada bantahan boleh dibuat terhadap mana-mana calon itu.
Bantahan