Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(1)
Bantahan hendaklah hanya dibuat atas alasan yang berikut:
(a)
calon itu bukan seorang warganegara Malaysia;
(b)
calon itu bukan pemegang perakuan pengamalan semasa;
(c)
calon itu telah menjadi anggota Majlis dan akan, jika dipilih, berkhidmat sebagai anggota Majlis lebih daripada satu jawatan;
(d)
orang yang menamakan calon itu bukan pemegang perakuan pengamalan semasa;
(e)
calon itu didapati bersalah oleh mahkamah atas apa-apa kesalahan yang melibatkan rasuah, fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, lebih daripada dua tahun;
(f)
calon itu adalah seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(g)
calon itu tidak layak atas alasan kemastautinan; atau
P.U. (A) 188 11
(h)
pengamal perubatan berdaftar penuh yang menamakan calon itu tidak layak atas alasan kemastautinan.
(2)
Apa-apa bantahan terhadap mana-mana calon hanya boleh dibuat oleh pengamal perubatan berdaftar penuh dan hendaklah—
(a)
menyatakan alasan yang hendak diasaskan;
(b)
menyatakan fakta yang menyokong alasan itu;
(c)
menyatakan sumber pengetahuan, iaitu sama ada daripada pengetahuan sendiri atau melalui pihak ketiga;
(d)
jika sumber pengetahuannya ialah pihak ketiga, menyatakan nama, alamat dan pekerjaan orang itu; dan
(e)
menyediakan apa-apa dokumen yang menyokong bantahan itu.
(3)
Jika Pegawai Pengurus mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa bantahan itu benar prima facie, Pegawai Pengurus hendaklah, dalam tempoh tujuh hari selepas menerima bantahan itu, menghantar suatu salinan bantahan dan apa-apa dokumen sokongan kepada calon bersama dengan notis yang menghendaki calon untuk menunjukkan sebab namanya tidak patut dipotong daripada senarai calon dalam tempoh tujuh hari selepas notis itu disampaikan.
(4)
Jika Pegawai Pengurus berpuas hati bahawa bantahan itu benar berdasarkan sebab yang dikemukakan oleh calon dalam subperaturan (3), Pegawai Pengurus hendaklah memotong nama calon itu daripada senarai calon.
Pemilihan yang tidak dipertandingkan